Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif: Majlis Temu Mata Ibubapa SMK Putera

YADIM Interaktif: Majlis Temu Mata Ibubapa SMK Putera

KOTA BHARU – Jalan Dakwah YADIM Kelantan bukanlah semata mata berfokus kepada ceramah agama.

Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut.

Bagi mencapai hasrat berkenaan, maka dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera di Wakaf Mek Zainab di sini, telah diadakan program YADIM Interaktif: Majlis Temu Mata Ibubapa pada 10 November.

Seramai 170 pelajar dan ibubapa hadir ke program di Dewan Putera, Kompleks Sukan Sekolah, Wakaf Mek Zainab.

Pengisian utama program ialah ceramah daripada pakar motivasi terkemuka, YM Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat. Turut diadakan ialah penyampaian penghargaan kepada pelajar pelajar cemerlang.

Program ini disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Hadir sama ialah Pengetua SMK Putera, Cikgu Muhammad Abdul Mutalib yang turut menyampaikan ucapan aluan. Turut hadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya merangkap penyelaras program, Cikgu Kamarul Zaman Husin dan Naib Yang Dipertua PIBG SMK Putera, Khairul Azmaiha Mohd Nor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *