Home » Langit Terbuka » Pejabat Mufti WP, Jakim bincang selaraskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat

Pejabat Mufti WP, Jakim bincang selaraskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat

Pejabat Mufti WP, Jakim bincang selaraskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat

KUALA LUMPUR –  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang bagi menyelaraskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu bahawa ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, wujud keperluan untuk menyelaraskan keputusan di peringkat negeri berkenaan perwartaan ajaran sesat ke seluruh negara.

“Apa sahaja isu berkaitan dengan kefatwaan kalau berlaku dalam sebuah negeri yang melibatkan doktrin. Melibatkan sesat.

“Kita akan cuba selaraskan, ini kita akan bincang dengan pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak Jakim untuk selaraskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Transformasi dan Perubahan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

Bagaimanapun ujarnya, sehingga kini penduduk Terengganu khususnya perlu mematuhi fatwa berkenaan.

Pada 17 November lalu, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam negeri melalui Jawatankuasa Fatwa atas perintah Sultan mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan bercanggah dengan akidah Islam.

Katanya, keputusan berkenaan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali Ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata. Jakim dan agensi di bawah kementeriannya sentiasa membantu mangsa banjir di beberapa buah negara.

Jelasnya, bantuan disalurkan menerusi  Sumbangan Tabung Musaadah.

“Saya telah arahkan agensi agama kerjasama dengan agensi berkaitan kenal pasti lokasi dan mangsa banjir untuk kita beri bantuan,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *