Home » Langit Terbuka » Pejuang hak pengguna terkenal SM Idris meninggal dunia

Pejuang hak pengguna terkenal SM Idris meninggal dunia

Allahyarham SM Mohamed Idris (gambar) Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4.45 petang selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana masalah kesukaran bernafas. - Foto The Star

GEORGE TOWN – Pejuang hak pengguna terkenal, SM Mohamed Idris meninggal dunia hari ini pada usia 93 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4.45 petang tadi selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana masalah kesukaran bernafas.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang sejak 1969 dan Sahabat Alam Malaysia itu meninggalkan 4 anak.

Bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu yang dilahirkan di selatan India pada 6 Disember 1926, lantang membangkitkan isu pengguna dan alam sekitar menjejaskan Pulau Pinang.

Beliau pernah mendapat pendidikan madrasah di Tamil Nandu di India, sebelum ke Pulau Pinang dengan bapanya pada 1938 dan menghadiri sekolah mubaligh Kristian di negeri itu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *