Home » Langit Terbuka » Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas

Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas

Peka berpendapat, penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. - Foto toodia.my

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan mengenakan penaliti lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah alam sekitar.

Ia termasuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda dalam undang-undang sedia ada berkaitan alam sekitar, kata Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

“Penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. Kerajaan patut mempertimbang hukuman penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang dilapor menyebabkan lebih 2,000 orang dirawat di hospital, sambil 111 sekolah ditutup.

Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara.

“Meter ujian gas dan pencemaran seharusnya dipasang di semua kawasan perindustrian utama,” tambahnya.

Beliau turut menyarankan setiap syarikat kimia diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan proses pemantauan.- Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *