Home » Langit Terbuka » Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand

Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand

Video berdurasi selama satu minit 28 saat itu menunjukkan seorang pelajar Malaysia dipercayai berasal daripada Pasir Mas, Salor, Kelantan, membacakan ayat al-Quran di hadapan ratusan masyarakat. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku lima hari lalu namun sehingga kini masyarakat dunia masih berdukacita dengan kejadian tersebut.

Seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Mohd. Shahrizan berkongsi sebuah video yang memaparkan ratusan masyarakat pelbagai kaum hadir untuk memberikan penghormatan terhadap mangsa serangan.

“Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini sayu dengan kehadiran orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa serangan pengganas.

“Tambah memilukan apabila segenap penduduk tanpa mengira agama dan bangsa turut hadir ke upacara tersebut,” tulisnya.

Menerusi video yang berdurasi selama satu minit 28 saat itu salah seorang pelajar Malaysia dipercayai berasal daripada Pasir Mas, Salor, Kelantan yang menuntut di University of Christchurch, New Zealand membacakan ayat al-Quran di hadapan ratusan masyarakat. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *