Home » Langit Terbuka » Pelampau Buddha ancam bunuh

Pelampau Buddha ancam bunuh

SITTWE – MYANMAR. 19 Sept. – Ribuan penduduk Islam Rohingya yang terlibat dengan keganasan di barat laut Myanmar merayu kepada pihak berkuasa untuk laluan selamat dari dua kampung selepas ia diancam pelampau Buddha dan kini kekurangan makanan.

“Pelampau Buddha di Rakhine datang ke kampung Ah Nauk Pyin sambil menjerit menyuruh kami beredar atau semua Rohingya akan dibunuh,” menurut saksi.

Penduduk kampung juga hidup dalam ketakutan dan kelaparan selain pelampau Buddha turut mengancam untuk membakar rumah mereka.

Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Rakhine, Tin Maung Swe berkata, beliau telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Rathedaung dan tidak menerima  maklumat mengenai rayuan penduduk Rohingya untuk laluan selamat tersebut.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bahagian selatan Rathedaung adalah selamat sepenuhnya,” jelasnya.

Hubungan tegang antara Ah Nauk Pyin dan jirannya Rakhine tercetus pada 25 Ogos apabila serangan pejuang Rohingya di Rakhine mendorong tindak balas daripada tatmadaw, lapor Reuters.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *