Home » Citra Yadim » Pendakwah perlu bijak guna pendekatan baru

Pendakwah perlu bijak guna pendekatan baru

KOTA KINABALU 19 Sept. – Pendakwah perlu bijak menggunakan pendekatan baru dalam berdakwah agar mesej yang disampaikan mudah diterima oleh golongan sasar, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

Beliau berkata, para pendakwah boleh menggunakan kreativiti dalam melaksanakan dakwah bagi memudahkan penyampaian tetapi perlulah memastikan pendekatan itu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Katanya, strategi dakwah secara berhujah perlu dihentikan kerana ia hanya menimbulkan ketegangan dan tidak memberi impak positif dalam aktiviti dakwah.

Beliau berkata demikian sempena majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media anjuran YADIM Zon Sabah pada 13 September 2017  di The Souq Garden, TH Hotel Kota Kinabalu.

Sementara IMG-20170914-WA0000itu, Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program yang diadakan itu adalah antara program YADIM Zon Sabah dalam usaha meningkatkan rangkaian dengan pelbagai pihak di Sabah terutama NGO dan media.

“Objektif program ini adalah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin NGO bertemu untuk bertukar-tukar idea, pengalaman dan cabaran dakwah serta membincangkan kerjasama pada masa akan datang.

“ Program ini juga bertujuan menzahirkan tanda penghargaan YADIM kepada NGO Islam dan media di Sabah yang selama ini  banyak memberi kerjasama dalam menjayakan progam-program dakwah di Sabah,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, kerjasama NGO dan media selama ini sememangnya amat baik dan hal demikian sekaligus memudahkan usaha-usaha dakwah dilaksanakan di Sabah.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *