Home » Langit Terbuka » Pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa

Pelampau Yahudi ceroboh al-Aqsa

Ribuan pelampau Yahudi itu mencemari kesucian al-Aqsa, semalam.

BAITULMAQDIS – Lebih seribu pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, semalam di tengah-tengah tindakan kekerasan yang semakin meningkat dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Agensi berita Safa melaporkan kira-kira 1,042 individu bersama puluhan agen risikan menyerbu masuk ke kawasan terbabit melalui pintu al-Magharibah diiringi pasukan keselamatan Israel.

“Mereka sememangnya biadab melakukan tindakan provokasi seperti itu dan turut membaca ayat dalam kitab Talmud dengan kuat serta diberi penerangan tentang Haikal Sulaiman. Pengawal al-Aqsa, Muhammad al-Salhi ditahan selepas dia diserang ketika cuba menghalang kumpulan tersebut,” menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, kumpulan itu kemudiannya keluar melalui pintu al-Silsileh.

Hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan merasmikan pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis walaupun langkah kontroversi itu berdepan bantahan masyarakat antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Tel Aviv memberi lampu hijau ke atas projek kereta kabel yang menghubungkan Baitulmaqdis Barat dan Kota Lama.

Menurut Menteri Pelancongan Israel, Yariv Levin, projek itu kononnya akan mengubah wajah Baitulmaqdis dan memudahkan pelancong dan akses lebih selesa ke Tembok Barat.

Laluan sepanjang 1.4 kilometer menelan kos AS$56 juta (RM221 juta) itu dijangka beroperasi menjelang 2021. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *