Home » Citra Yadim » Pelancaran IRSYAD 360 dan NADIKU YADIM Sabah

Pelancaran IRSYAD 360 dan NADIKU YADIM Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 23 April telah melancarkan program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) peringkat negeri Sabah di Hotel RAIA di sini.

Turut dilancarkan pada masa yang sama ialah program Nadwah Islam Kekuatan Ummah (NADIKU 2021).

Pelancaran dua program ini disempurnakan oleh Mufti Sabah, Sahibus Samahah
Datuk Bungsu Aziz Haji Jaafar.

IRSYAD 360 ialah rancangan YADIM untuk mengadakan program program mengimarahkan Ramadan 1442H manakala NADIKU 2021 adalah inisiatif YADIM memberikan penerangan, pencerahan dan juga perbincangan-perbincangan sihat dalam menangani ancaman-ancaman terhadap Islam, ajaran-ajaran songsang dan juga Pengukuhan Rohani terutama Aqidah Umat Islam.

NADIKU 2021 peringkat kebangsaan sebelum ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama Islam) YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary pada 13 Mac.

Dalam pada itu, hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Hajah Nurlaila Haji Said dan Pengarah Tabung Haji Sabah, Tuan Haji Yusdi Nasip.


Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *