Home » Citra Yadim » Pelancaran produk minuman kesihatan Sharob Drink

Pelancaran produk minuman kesihatan Sharob Drink

MELUASKAN Lagi bidang perniagaannya, Lembaran YADIM Sdn.Bhd (LYSB) melalui kerjasama dengan syarikat Nunha Co. pada 20 Oktober telah melancarkan produk minuman kesihatan Sharob Drink.
Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik bagi kedua pihak untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan khususnya dalam memasarkan produk minuman Sharob Drink ini kepada sasaran pelanggan.
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Nunha Co. Encik Haris Ismail berkata, ramuan Sharob Drink terdiri daripada makanan Sunnah seperti Kurma, Kismis, Prun, Saffron serta Vitamin B Kompleks, Astaxanthin, Daun Zaitun dan sebagainya.
Produk minuman Sharob ini ujar beliau, selain daripada kandungannya yang sememangnya berkhasiat, ianya juga membantu diet individu kerana dengan pengambilan minuman ini, ianya boleh memberi rasa kenyang yang lama dan lebih bertenaga.
Tambahnya, melalui pelancaran Sharob Drink juga, dapat membuka peluang kepada kakitangan kerajaan untuk menambah pendapatan dengan menjadi stokis produk tersebut.
Pengerusi LYSB, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin juga menzahirkan harapan besar agar kerjasama strategik antara pihaknya dan Nunha Co. ini akan terus maju jaya dan akan membuka peluang perniagaan bersama yang lain di masa akan datang.
Beliau turut menyatakan keyakinannya kerjasama dan produk tersebut akan berjaya berdasarkan reputasi dan kesungguhan ditunjukkan Nunha.Co.
Pelancaran Sharob Drink disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Muhamad Razak Idris.
LYSB merupakan anak syarikat YADIM yang menguruskan dan menjalankan beberapa cabang perniagaan.
Manakala Nunha Co. adalah sebuah syarikat diasaskan pasangan selebriti Haris Ismail dan Neelofa yang mengeluarkan produk pakaian, kesihatan dan kecantikan.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *