Home » Citra Yadim » Pelancaran SAR daerah Besut, DUN Jabi dan DUN Hulu Besut

Pelancaran SAR daerah Besut, DUN Jabi dan DUN Hulu Besut

JABI – Selaras dengan usaha menyebarkan dakwah menerusi gerakan aktiviti komuniti dan kesukarelawanan, pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) telah melebarkan lagi sayapnya di Terengganu.

Bertempat di Masjid Kampung Jabi di sini, satu majlis pelancaran pasukan SAR untuk daerah Besut, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dan DUN Hulu Besut telah diadakan pada 11 Januari lalu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Mahadi Awang.

Turut sama dalam majlis ini ialah Penghulu Mukim Jabi, Mohd Affendi Husin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jabi, Adnan Husin, wakil Pertubuhan Kebajikan Islamiah Bersatu (PERKIB), Azrol Azizi Hamzah, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Dr Arif Borhan, Pengerusi Masjid Jabi, Mohd Rasdi Hamat dan penduduk sekitar.

Kira kira 200 orang menghadiri majlis pelancaran SAR ini,yang mendapat kerjasama Pejabat Penerangan Besut.

Ketika ini, SAR Besut mempunyai 12 ahli manakala 11 sukarelawan masing masing telah pun mendaftar sebagai ahli SAR DUN Hulu Besut dan DUN Jabi.

Jumlah ini dijangka akan bertambah dengan cepat memandangkan SAR kini bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan komuniti.

Dalam pada itu, turut diadakan pada majlis yang sama ialah penyampaian barangan keperluan kepada 20 asnaf terpilih di kawasan ini, sumbangan dari PERKIB.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *