Home » Citra Yadim » Pelbagai aktiviti menarik pada Karnival Street Da’wah

Pelbagai aktiviti menarik pada Karnival Street Da’wah

SUNGAI PETANI 4 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara akan menganjurkan program Karnival Street Da`wah pada 12 November ini bertempat di perkarangan jalan utama Taman Ria Mesra 1, Gurun, Jeniang, Kedah.

Eksekutif Yadim Zon Utara, Mohd. Afifi Roslan berkata, Karnival Street Da`wah ini merupakan anjuran bersama Yadim, Kawasan Rukun Tetangga (RT)  Taman Ria mesra, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Skuad Muda 1JPJ.

Katanya, pihak lain yang turut memberikan kerjasama adalah Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

“Tujuan utama program ini diadakan ialah mendekatkan Yadim dengan komuniti setempat di samping menarik minat masyarakat kepada program yang diselitkan dengan unsur keagamaan.

“Program ini juga memberi manfaat kepada khalayak yang hadir dan penduduk setempat di mana diadakan juga pameran bergerak yang memudahkan masyarakat untuk membuat pembayaran dan sebagainya,’’ katanya.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan termasuk pameran bergerak daripada agensi-agnesi yang menyediakan perkhidmatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pilihanraya dan YaPEIM.

Menurutnya, aktiviti lain yang turut diadakan pada karnival itu termasuk  pemeriksaan kesihatan percuma,  pemeriksaan motorsikal percuma, pertandingan azan dan hafazan untuk kanak-kanak.

“Turut diadakan adalah program ceramah `Bicara Palestin’ yang akan disampaikan oleh aktivis Palestin daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),’’ katanya.

Beliau menjelaskan, acara-acara lain termasuk pertandingan futsal belia, pertandingan memasak kerabu dan gubahan untuk wanita, bacaan yassin dan tahlil perdana dan Malam Cinta Ilmu yang akan menampilkan Pencetus Ummah Azraie dan Ustaz Lutfi Amer Al-Hafiz sebagai panelis.

Menurutnya, pada karnival itu turut diadakan    Ziarah Kasih Jejak Asnaf bersama Lembaga Zakat Kedah dan program santai bersama Azrai Khor Abdullah iaitu bekas jurulatih bola sepak Kedah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *