Home » Langit Terbuka » Sistem kewangan Islam terus dapat sambutan positif

Sistem kewangan Islam terus dapat sambutan positif

KOTA KINABALU 5 Nov. – Sistem perbankan dan kewangan Islam diyakini akan terus mendapat sambutan positif dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini berdasarkan prinsip etika dan kebertanggungjawabannya.

Ketua Pegawai Strategi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Hizamuddin Jamalluddin, berkata penerimaan terhadap sistem alternatif kepada sistem kewangan konvesional itu juga akan terus berkembang berdasarkan pertimbangan ke atas pulangan produk yang ditawarkan.

“Satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kini dibiayai oleh institusi kewangan Islam. Ini satu pencapaian terbaik. Setakat ini, hampir 27 peratus daripada aset perbankan di negara ini berteraskan perbankan Islam.

“Kita yakin ekspektasi dan wawasan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia bahawa 40 peratus daripada penguasaan pasaran institusi kewangan negara adalah menerusi sistem kewangan Islam dapat dicapai pada 2020,” katanya.

Hizamuddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penghargaan Media di Sabah di sini, hari ini.

Menurut Hizamuddin hampir keseluruhan institusi kewangan di negara ini kini sudah menawarkan sistem kewangan Islam, sama ada menerusi anak-anak syarikat mereka atau melalui perkhidmatan tingkap. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *