Home » Citra Yadim » Peluang kerjasama erat YADIM – TV Hijrah

Peluang kerjasama erat YADIM – TV Hijrah

Namanzee (dua dari kanan) ketika sesi taklimat dengan Yang Dipertua YADIM (kanan sekali).

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Al Hijrah berpeluang meneroka pelbagai bidang kerjasama yang menguntungkan kedua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu Namanzee Harris berkata, YADIM memiliki kandungan bahan penyiaran menepati ciri ciri yang dikehendaki oleh pihaknya selain sama sama berada dalam kluster media dan dakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Justeru katanya, sesuai dengan usaha transformasi TV Hijrah yang giat dilakukan pihaknya sekarang, beliau amat teruja dan mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama yang dihulurkan YADIM.

“Contohnya, kita boleh masukkan YADIM dalam slot slot rancangan ilmiah di TV Hijrah, mungkin akan bicarakan mengenai ilmu, ekonomi, pendidikan atau isu semasa.

“Gerakan badan bukan kerajaan (NGO) sememangnya dekat dengan TV Hijrah, sesuai dengan peranan YADIM yang menyelaraskan NGO Islam di negara ini,” katanya dalam sesi perbincangan di ibu pejabat YADIM di sini hari ini (8 Julai).

Mewakili YADIM dalam sesi perbincangan tersebut ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Ketua Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah, Dr Masitah Esa, serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Mohd Yuswandi Abdul Majid dan kakitangannya.

Hadir sama selain Namanzee untuk TV Hijrah ialah Ketua Unit Perhubungan Korporat, Saifulizan Sidek, Ketua Unit Penjualan Media, Ainul Mardiyah Zahra Abdullah, Ketua Unit Media Digital, Nurjannah Mohd Salleh dan Mohd Iqbal Amir dari Bahagian Perhubungan Korporatnya.

YADIM merupakan agensi kerajaan pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dilawati Namanzee sejak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV Hijrah pada 1 Julai lalu.

Sementara itu, antara yang dibincangkan ialah bentuk kerjasama yang boleh ditawarkan TV Hijrah dalam penerbitan telemovie Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Ab Aziz Nik Mat.

Menurutnya, adalah menjadi cita cita besar pihaknya untuk terlibat dalam penghasilan sebuah filem patuh Syariah.

“Dalam hal ini, ada beberapa aspek yang kita boleh panjangkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), seperti dana sebagai contoh,” jelas beliau.

Selain telemovie berkenaan, turut dibincangkan ialah cadangan mengetengahkan bakat pendakwah muda YADIM untuk ditampilkan di TV Hijrah.

Tambahnya, dengan capaian digital TV Hijrah yang besar, banyak peranan yang boleh dimainkan pihaknya dalam membantu usaha dakwah YADIM.

Sementara itu, Nik Omar menyambut baik hasrat TV Hijrah itu serta memaklumkan pihaknya berbesar hati dengan niat stesen televisyen Islamik berkenaan.

Nik Omar turut mencadangkan supaya rancangan memperkasa hala tuju golongan muda diperbanyakkan bagi memberi lebih banyak input berguna kepada golongan berkenaan, terutamanya dalam aspek kerjaya.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *