Home » Langit Terbuka » Pembersihan etnik masih berleluasa di Rakhine: PBB

Pembersihan etnik masih berleluasa di Rakhine: PBB

Kira-kira 700,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak peristiwa keganasan tercetus pada Ogos lalu. Foto : AFP

YANGON: Myanmar didakwa masih meneruskan aktiviti ‘pembersihan etnik’ terhadap penduduk Rohingya apabila sekatan bekalan makanan dan insiden keganasan terus berleluasa di Rakhine.

Perkara itu didedahkan oleh wakil khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, iaitu enam bulan selepas operasi besar-besaran pihak tentera di wilayah itu.

Tindakan itu memaksa kira-kira 700,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak peristiwa keganasan tercetus pada Ogos lalu.

Pelarian Rohingya terbabit turut mendedahkan kes pembunuhan, rogol dan tindakan membakar dengan sengaja oleh pihak tentera dan pemberontak.

“Aktiviti pembersihan etnik penduduk Rohingya oleh Kerajaan Myanmar masih berterusan.

“Saya tidak fikir kita boleh menyaksikan kaedah penyelesaian lain, daripada apa yang sudah saya saksikan atau dengar di Cox’s Bazar.

“Bagaimanapun, kaedah tekanan yang diberikan kepada penduduk yang masih tinggal sudah berubah, apabila pihak berkuasa tidak lagi bertindak ganas, sebaliknya menyekat bekalan makanan supaya rakyat Rohingya berdepan kebuluran.

“Sebelum ini, kaum wanita etnik Rohingya berdepan peristiwa rogol beramai-ramai, selain pelbagai insiden pertumpahan darah,” kata Penolong Setiausaha Agung Hak Asasi Manusia PBB, Andrew Gilmour dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan pelarian Rohingya yang baharu tiba di kem pelarian yang sesak di Bangladesh. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *