Home » Langit Terbuka » Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan bayaran RM4.3 juta

Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan bayaran RM4.3 juta

Notis rayuan bagi membatalkan atau mengurangkan jumlah bayaran itu difailkan oleh pengasas maahad tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim

KOTA BHARU – CT-One Corporation Sdn. Bhd. dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintahkan kedua-duanya dan satu pihak lagi membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas.

Notis rayuan bagi membatalkan atau mengurangkan jumlah bayaran itu difailkan oleh pengasas maahad tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim menerusi Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah Azman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 23 September lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail memutuskan CT-One Corporation Sdn Bhd, Maahad Tahfiz Al-Hashimi dan pemandu van Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, bertanggungjawab secara vikarius terhadap kecederaan dialami bekas pelajar itu yang menyebabkannya hilang upaya akibat kemalangan itu.

Sehubungan itu, mereka diperintah membayar RM4,334,507 kepada Muhammad Faiz Hafizuddin selaku defendan pertama dan ibunya Jahsuriawany Mustapha, 46, selaku defendan kedua.

Kos itu membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendirian. – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *