Home » Langit Terbuka » Pemimpin Kesatuan Eropah kritik Turki

Pemimpin Kesatuan Eropah kritik Turki

BRUSSELS –BELGIUM 14 Mac-  Beberapa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dengan lantang mengkritik Turki di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat selepas Ankara cuba mengadakan perhimpunan di rantau tersebut.

Terdahulu, Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh Jerman dan Belanda bersikap ‘Nazisme’ selepas rancangan perhimpunan disekat di kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri, Mark Rutte di Amsterdam menyifatkan tuduhan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ manakala Menteri Luar di Berlin berharap Turki akan kembali berfikir dengan waras tentang isu tersebut.

Sementara itu, pemimpin Denmark turut memutuskan menangguhkan mesyuarat dirancang bersama Erdogan.

Perdana Menteri, Lars Lokke Rasmussen di Copenhagen berkata, beliau bimbang ‘prinsip demokrasi berada di bawah tekanan besar’ di Turki dan keputusan penangguhan itu atas tindakan perang mulut yang dilancarkan Ankara.

Difahamkan, perhimpunan tersebut bertujuan meraih sokongan rakyat Turki yang tinggal di Eropah untuk mengundi ‘ya’ dalam referendum bertujuan untuk meluaskan kuasa presiden.

Namun, rancangan terbabit disekat di Jerman, Austria dan Belanda atas faktor keselamatan.

Perhimpunan di Perancis bagaimanapun tidak menerima sebarang bantahan selepas kerajaan melihat ia tidak mencetuskan sebarang ancaman. – BBC

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *