Home » Langit Terbuka » Melayu ketinggalan jika berpecah: Sultan Selangor

Melayu ketinggalan jika berpecah: Sultan Selangor

SHAH ALAM, 14 Mac – Orang Melayu dinasihatkan supaya tidak berpecah-belah terutamanya disebabkan politik, kerana jika ia berlaku, bangsa ini akan ketinggalan berbanding kaum lain, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda yang tidak mahu perpecahan itu berlaku, bertitah masjid dan surau perlu berfungsi dengan sempurna, bukan sekadar tempat beribadat tetapi juga dijadikan platform menyatupadukan rakyat.

Ianya berguna dalam mencari dan membentuk kese¬paduan dalam kalangan orang Melayu, titahnya.

Titah Sultan Sharafuddin, dalam konteks itu, di Sela¬ngor sahaja terdapat 414 masjid dan 2,059 surau berdaftar serta 42,200 pegawai dan ahli jawatankuasa yang boleh memainkan peranan penting dalam penyatupaduan orang Melayu.

“Pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan surau mesti menjalankan tugas dengan amanah. Jangan berpuak-puak hingga masjid atau surau menjadi tempat menumbangkan antara satu sama lain,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian dalam program Multaqa Pegawai Masjid dan Surau, Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan Guru Takmir peringkat negeri di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Sela¬ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Aagama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan watikah kepada pegawai dan ahli jawatankuasa surau bagi sesi 2017-2019 serta nazir, imam, guru KAFA dan guru takmir.-https://www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *