Home » Langit Terbuka » Pemuda Palestin korban terbaru Israel

Pemuda Palestin korban terbaru Israel

Jumlah kematian angkara kekejaman Israel sejak 30 Mac lalu kini mencecah 140 orang

 

BAITULMAQDIS – Seorang rakyat Palestin yang dirawat selama dua bulan akibat ditembak tentera Israel di bahagian selatan Tebing Barat yang diduduki, meninggal dunia, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra, berkata dalam satu kenyataan bahawa Sari Daoud al-Shawbaki, 20 tahun, meninggal dunia Hospital di St Joseph di Baitulmuqaddis Timur.

Al-Shawbaki telah ditembak dan cedera di leher semasa protes “Perarakan kepulangan besar-besaran’ pada 14 Mei.

Kematian Shawbaki menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh tentera Israel sejak protes bermula 30  Mac lalu kepada 140 orang.

Sebanyak 14,811 rakyat Palestin juga mengalami kecederaan, di mana 366 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pertempuran di Gaza mencapai kemuncaknya pada 14 Mei, iaitu malam ulang tahun ke-70 Hari Nakba, yang bertepatan dengan penempatan semula kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang diduduki. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *