Home » Citra Yadim » Pemukiman bentuk hala tuju menjelang jubli emas YADIM

Pemukiman bentuk hala tuju menjelang jubli emas YADIM

KUANTAN – Dua tahun lagi menjelang sambutan 50 tahun penubuhannya, YADIM mensasarkan untuk kekal sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini.

Tidak mahu selesa dengan pencapaiannya ketika ini, YADIM mengadakan pemukiman di sini bagi merancang hala tuju gerakan dakwahnya sehingga tahun 2024.

Disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi serta para pengarah bahagian dan negeri, pemukiman ini bermula dari 15 hingga 18 Februari.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan menegaskan, sempena 50 tahun penubuhannya pada 2024 nanti, badan dakwah ini perlu mempersembahkan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

“Mahu tak mahu, apa yang dibincangkan dalam pemukiman ini perlu jadi kenyataan,”ujar beliau.

Ustaz Nasrudin turut menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam hala tuju usaha melestari gerakan dakwah YADIM bagi tempoh hingga 2024 iaitu dakwah mesti dimasukkan dalam agenda negara menerusi Pelan Pembangunan Negara Rancangan Malaysia ke-12 serta menerajui bidang penyelidikan agar YADIM menjadi kuasa baru dalam khazanah ilmu negara.

Ini antaranya dicapai dengan mewujudkan jurnal dalam talian yang memiliki 500 artikel dalam pelbagai segmen.

Tambahnya, bagi mempergiatkan penjanaan kewangan, pihaknya akan menubuhkan lagi cawangan YADIMart di setiap negeri dengan menawarkan harga yang berpatutan bagi golongan B40 ke bawah.

Turut disentuh ialah hasrat untuk memperolehi 30 ribu sukarelawan yang berdaftar dengan YADIM  di seluruh negara bagi membantu mempergiatkan lagi usaha dakwah di semua peringkat.

Pemukiman di sini dijayakan dengan bantuan khidmat sebuah syarikat perunding dari Cyberjaya, Ilmuwan Associates.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *