Home » Langit Terbuka » Penamatan khidmat imam di Perlis tidak babitkan kerajaan pusat

Penamatan khidmat imam di Perlis tidak babitkan kerajaan pusat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil. - Foto Indahnya Islam

KUALA LUMPUR: Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke kariah lain pada Khamis tidak membabitkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil.

Pada Khamis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid berkuat kuasa 1 Januari.
Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) pada 6 Dis lalu dan dimaklumkan melalui surat bertarikh 31 Disember tahun lepas.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk menyelesaikan isu berkenaan memandangkan segala prosedur penyambungan kontrak jawatankuasa khariah masjid dan lantikan adalah di bawah kelulusan MAIPS,” kata Mujahid kepada Bernama News Channel selepas menjadi tetamu dalam rancangan ‘Ruang Bicara’ terbitan stesen itu.

Sementara itu, mengulas mengenai artikel yang ditulis Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow yang menyarankan agar perokok tidak diberikan zakat, Mujahid berkata, pemberian zakat tidak seharusnya dikaitkan dengan perokok, biarpun berdasarkan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, rokok adalah haram kerana membawa kemudaratan.

Bagaimanapun, katanya, pengharaman tersebut tidak digazetkan dalam undang-undang di negara ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *