Home » Langit Terbuka » Pengeluaran RM500 dari KWSP, suntikan RM500 juta kepada KKM, penangguhan bayaran PTPTN

Pengeluaran RM500 dari KWSP, suntikan RM500 juta kepada KKM, penangguhan bayaran PTPTN

Kerajaan membenarkan pengeluaran wang di dalam akaun 2 KWSP sebanyak RM 500 sebulan selama 12 bulan bagi membantu meringankan beban akibat kesan Covid-19. - Foto Rojak Daily

PETALING JAYA – Kira-kira 12 juta rakyat Malaysia dibenar mengeluarkan RM500 setiap bulan daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama setahun, yang merupakan sebahagian langkah membantu orang ramai menangani impak kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan langkah itu berkata, kerajaan menjangkakan kira-kira RM40 bilion pengeluaran secara keseluruhan oleh pencarum.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi Covid-19 yang setakat ini meragut 11 nyawa dan lebih 1,300 orang dijangkiti virus itu di Malaysia.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari tiga kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Muhyiddin Yassin memberitahu, penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

“Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (23 Mac) sehingga 30 September 2020. Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *