Home » Langit Terbuka » Pendaftaran, kemas kini STR bermula hari ini hingga 31 Mac

Pendaftaran, kemas kini STR bermula hari ini hingga 31 Mac

 

KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Orang ramai boleh memohon secara dalam talian menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual atau fizikal dengan mendaftar di beberapa premis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditetapkan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau ‘exclusion error’, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Ujarnya, pihaknya juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh rakyat Malaysia yang layak.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum ini Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR pada 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *