Home » Langit Terbuka » Pendakwa Syarie cadang kemuka beberapa lagi tuduhan baru terhadap Ridhuan Giman

Pendakwa Syarie cadang kemuka beberapa lagi tuduhan baru terhadap Ridhuan Giman

Ridhuan Giman dan isteri. Foto MALAY MAIL

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes Mohd Ridhuan Giman dan isterinya yang dituduh mengemukakan maklumat palsu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan pada 30 Mei 2018.

Penangguhan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada peguam OKT memfailkan beberapa dokumen terlebih dahulu sebelum perbicaraan bermula.

Suasana di dewan mahkamah sedikit tegang apabila pihak pendakwa syarie berkeras mahu meneruskan perbicaraan namun di bantah oleh peguam OKT yang mahukan sedikit masa bagi membolehkan mereka memfailkan bantahan awal terhadap pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Dalam pada itu, pihak pendakwa syarie memberitahu dewan mahkamah bahawa Jabatan Pendakwaan Syarie Wilayah Persekutuan (JAPENS) bercadang memfailkan beberapa lagi pertuduhan baru sebagai tambahan kepada empat pertuduhan sedia ada.

Untuk rekod, Ridhuan (OKT 1) menghadapi tiga pertuduhan iaitu dua pertuduhan memberi maklumat palsu di bawah seksyen 30 (1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan pertuduhan lain di bawah seksyen 7 (c) mempersenda atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.

Manakala isterinya (OKT2) dituduh di bawah seksyen 43 (c) akta yang sama kerana bersubahat.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan dikendalikan oleh Tuan Mohd Hafiz bin Abd Hamid, Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Tuan Ahmad Basyir Bin Yaakub dan Tuan Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud. – SAHABAT SYARIE

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *