KUALA LUMPUR 14 Mac – Pendakwah agama dari luar negara perlu melalui tapisan keselamatan dan diberikan tauliah sementara oleh pejabat mufti negeri sebelum dibenarkan berceramah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sentiasa memastikan penceramah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan antara kaum dan agama lain.
“Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendakwah, Dr. Zakir Naik merupakan seorang pendakwah terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.
“Ceramah yang beliau jalankan juga langsung tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan malah setiap ceramah beliau sering dihadiri tokoh agama bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Bachok) mengenai pendirian kerajaan terhadap kehadiran Dr. Zakir di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Jamil Khir berkata, kerajaan akan mengambil langkah penerangan yang sewajarnya terhadap pihak yang terus mempersoalkan kehadiran Dr. Zakir ke negara ini.- https://www.utusan.com.my
KOMEN