Home » Langit Terbuka » Polis kena tegas, siasat betul-betul Raveentharan hina Islam

Polis kena tegas, siasat betul-betul Raveentharan hina Islam

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pihak polis digesa untuk menyiasat ADUN PKR, Raveentharan Subramaniam secara serius susulan kenyataannya yang menghina Islam.

Gesaan itu dibuat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sambil menyifatkan kata-kata Raveentharan sebagai tidak masuk akal.

“Apa tujuan dia mengatakan Islam bukan agama keamanan? Dia bercakap tidak guna otak.

“Hanya bertujuan mahu memecah belahkan keharmonian yang ada. Langsung tak berfaedah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Raveentharan menerusi status Facebook yang berbunyi “Firstly Islam was never a religion of peace”.

Kenyataan Raveentharan itu adalah respon kepada artikel The Malay Mail Online bertajuk: “Zakir Naik: I’m a messenger of peace, my critics are terrorists”.

Tegas Datuk Nadzim, pihak polis mesti bertindak dengan cepat bagi mengelakkan perkara sama berulang, yang mungkin akan dilakukan oleh orang lain pula selepas ini.

Kesal dengan tindakan ahli politik itu beliau berkata, sekiranya tiada tindakan dikenakan terhadap Raveentharan, pasti orang lain tidak takut untuk berkata sedemkian.

“Dia berpendidikan, bahkan seorang peguam. Tolonglah hentikan.

“Ini suatu penghinaan. Beliau kita anggap bukan sahaja hina Islam, bahkan turut menghina Yang Dipertuan Agung sebagai ketua agama.

“Dia kena ingat, selagi berada di Malaysia, sila ikut Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf agama Islam agama rasmi,” katanya.-www.ismaweb.net.my

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *