Home » Citra Yadim » Pendedahan Kepada Masyarakat Mengenai Aspek Keselamatan Penggunaan Internet

Pendedahan Kepada Masyarakat Mengenai Aspek Keselamatan Penggunaan Internet

KUALA LUMPUR – Kesedaran tentang keselamatan internet terus diberi perhatian sebagai satu bentuk dakwah menerusi Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah turut sama menjayakannya di Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak pada 18 November.

Program ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aspek keselamatan ketika menggunakan internet, termasuk isu penipuan, perjudian dalam talian serta eksploitasi kanak-kanak dan remaja.

Turut mendapat perhatian ialah Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Act) yang bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak dan remaja berumur 16 tahun ke bawah dalam ruang digital.

Dalam program sama, YADIM turut mengambil kesempatan menyantuni 50 pelajar serta kakitangan pembersihan sekolah yang memerlukan menerusi sumbangan Kotak MADANI. Ia disampaikan kepada semua tanpa mengira latar belakang penerima.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Puan Siti Zaiton Bachok. Hadir sama ialah Pengarah Negeri MCMC Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Irwan Mohamed, Pengarah Cemerlang Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajah Norhayati Abdul Rahman dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Encik Khairul Rizam Dato’ Abu Samah.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *