Home » Langit Terbuka » Penduduk haram Israel dilarang masuk Arab Saudi

Penduduk haram Israel dilarang masuk Arab Saudi

Menteri Luar Arab Saudi (gambar) menegaskan, negara itu tidak mempunyai hubungan dengan Israel dan pemegang pasport Israel tidak boleh melawat negara itu buat masa sekarang. - Foto Reuters

RIYADH – Penduduk negara haram Israel dilarang melawat Arab Saudi, kata Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan, pada 27 Januari.

Perkara itu diumumkan sehari selepas Tel Aviv membuat keputusan membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke Arab Saudi dalam keadaan tertentu.

Pada Ahad, pihak berkuasa Israel dalam satu kenyataan berkata, Menteri Dalam Negeri Arye Dery telah menandatangani arahan membenarkan penduduk haram melawat Arab Saudi sama ada untuk kepentingan agama atau perniagaan, dengan syarat mereka dijemput dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Walaubagaimanapun, CNN memetik kenyataan Putera Faisal bahawa Arab Saudi tidak mempunyai hubungan dengan Israel dan pemegang pasport Israel tidak boleh melawat negara itu buat masa sekarang. – Al Jazeera

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *