Home » Langit Terbuka » Penekanan Aspek Agama Perlu Diberi Lebih Perhatian

Penekanan Aspek Agama Perlu Diberi Lebih Perhatian

Manusia yang mesti kita bangunkan pada hari ini adalah mereka yang tidak melupakan penciptanya dan tidak terpengaruh dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri serta ketamakkan harta: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu penekanan terhadap aspek agama diberi perhatian yang proaktif bagi menangani krisis nilai dan keruntuhan akhlak pada masa kini.

Tengku Abdullah bertitah, penekanan kepada pendidikan agama itu penting kerana ia membawa impak lebih besar kepada pembangunan modal insan.

“Manusia yang mesti kita bangunkan pada hari ini adalah mereka yang tidak melupakan penciptanya dan tidak terpengaruh dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri serta ketamakkan harta,”

 

 

 

“Ilmuan ingin kita lahirkan ialah mereka yang membela nasib ummah, berbakti kepada nusa dan bangsa serta membawa rahmat kepada sekalian alam,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), di sini hari ini.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *