Home » Citra Yadim » Penerbangan Prihatin YADIM-MASwings

Penerbangan Prihatin YADIM-MASwings

KOTA KINABALU 12 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah bersama syarikat penerbangan, MASwings menganjurkan program Penerbangan Prihatin YADIM-Maswings pada 15 dan 16 Oktober ini bagi meraikan anak-anak yatim dari empat buat rumah kebajikan di negeri ini.

Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki berkata, program ini telah masuk tahun kelima penganjurannya dan merupakan kali pertama diadakan melibatkan destinasi ke luar negeri Sabah iaitu Miri, Sarawak.

“ Di bawah program ini, MASwings telah bermurah hati untuk menaja tiket penerbangan pergi balik unttk 40 anak-anak yatim dari empat buah kebajikan di Sabah, manakala, Yadim mengurus atur cara lawatan sepanjang dua hari satu malam termasuk penginapan, pengangkutan sepanjang lawatan dan makan minum peserta,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program sebelum ini, destinasi yang dipilih adalah Sandakan, Tawau dan Lahad Datu dan ketika program berkenaan anak-anak yatim berkenaan telah dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar bereknaan.

Menurutnya, program ini bertujuan memberi motivasi kpd anak-anak yatim yang tidak pernah menaiki kapal terbang dan melalui penyertaan mereka dalam program ini diharap dapat menyuntik motivasi agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.

“Sejak lima tahun lalu seramai 200 anak yatim telah menyertai  program ini. Yadim berharap usaha ini mampu memberikan semangat kepada anak-anak kurang bernasib baik ini serta membuka minda mereka kepada perkara-perkara baru,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam lawatan ke Miri itu, para peserta akan di bawa mengunjungi tempat-tempat menarik dibandar berkenaan termasuk  Muzium Petroleum Miri, RTM Miri, Masjid Daerah Miri dan diberi taklimat mengenai sejarah dan pembangunan Miri.

“Mereka juga dijadualkan dirai oleh  Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, dalam majlis makan malam,’’ katanya.

Menurutnya, rumah-rumah kebajikan yang menyertai program tahun ini adalah Rumah Anak Yatim Home, Tuaran, Yayasan Kebajikan Suria, Tuaran, Rumah Anak Yatim as-Sakinah, Papar dan Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *