Home » Langit Terbuka » Penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah pada Rabu

Penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah pada Rabu

Mohd Khairianwar (kiri) dan Meng Kheng (kanan) yang hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi masing-masing satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain, pada Rabu.

PETALING JAYA: Penerbit Mentega Terbang, iaitu filem indie yang dilarang tayang oleh kerajaan, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu ini kerana ‘melukakan perasaan agama orang lain.’

Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh hari ini untuk menjawab pertuduhan bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Bulan lalu, Meng Kheng dan pengarah, Khairi Anwar Jailani, memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-duanya mendakwa ia ‘tidak rasional’ kerana melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan ‘konflik keagamaan’ yang dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie. – FMT

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *