Home » Langit Terbuka » Pengawal Pantai Itali selamatkan lebih 6,000 pelarian dalam masa sehari

Pengawal Pantai Itali selamatkan lebih 6,000 pelarian dalam masa sehari

LAUT MEDITERRANEAN, 4 Okt. – Kira-kira 6,055 pelarian berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai Itali ketika pelarian berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Eropah dari Libya dalam 40 buah bot.

Operasi menyelamat yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa Itali ini adalah salah satu misi terbesar pernah dilakukan dalam masa sehari.

Pihaknya berkata, satu kapal pengawal pantai mampu menyelamatkan seramai 725 pendatang dalam satu masa.

Namun, sembilan pelarian, termasuk seorang wanita hamil, mati sebelum misi menyelamat bermula.

Sumber mengatakan bahawa beberapa individu tidak bertanggungjawab yang menjalankan pemerdagangan manusia dari Libya telah menawarkan bot dalam bilangan yang banyak kepada pelarian.

Mereka dilaporkan cuba mengambil kesempatan daripada pelarian yang membayar bot untuk sampai ke Eropah.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, sekitar 132,000 pelarian telah tiba di Itali sejak awal tahun ini dan 3054 telah meninggal dunia dalam proses memohon perlindungan. – Agensi

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *