Home » Langit Terbuka » Turki gantung tugas 12,801 polis

Turki gantung tugas 12,801 polis

ISTANBUL 4 Okt. – Pihak berkuasa Turki meng­gantung tugas 12,801 anggota polis kerana disyaki terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Langkah itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri melancarkan siasatan terhadap pasukan polis sehari selepas kerajaan Turki melanjutkan tempoh darurat selama tiga bulan lagi, lapor stesen berita CNN Turk.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, pasukan polis Turki terdiri daripada lebih 250,000 anggota dan daripada jumlah anggota yang digantung di seluruh negara, 2,523 daripada mereka memegang jawatan sebagai Ketua Polis.

Kira-kira 100,000 individu dalam tentera, perkhidmatan awam, polis dan badan kehakiman telah dipecat atau digantung manakala hampir 32,000 orang lagi ditahan kerana disyaki menyokong organisasi pendakwah berpang-kalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen yang didakwa oleh Ankara sebagai dalang utama cubaan rampasan kuasa tersebut.

Kerajaan Turki semalam meng­umumkan lanjutan tempoh darurat selama tiga bulan bermula 19 Oktober ini.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Kabinet ming­guan yang dipengerusikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden di Ankara.

Erdogan minggu lalu mencadangkan bahawa tempoh darurat itu mungkin akan berlarutan selama setahun.

Gulen, yang menetap dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, telah menafikan pengli­batannya dalam usaha rampasan kuasa itu. – REUTERS/AFP

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *