Home » Analitis » Tiada pemisahan antara ibadah ritual dan sosial

Tiada pemisahan antara ibadah ritual dan sosial

Oleh:Mohd Shauki Abd Majid

ISLAM tidak melihat iman sebagai sesuatu yang terpisah daripada amal soleh. Di dalam al-Quran tercatat bahawa iman dan amal soleh merupakan rangkaian kata yang seiring disebut bagi menjelaskan bahawa amal soleh itu merupakan manifestasi dan iman.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. laitu mereka-mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dan perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), Dan mereka yang menjaga kehormatannya.”
(Surah al-Mu’minun: 1-5)
Pada hakikatnya jelas bahawa iman itu adalah melalui segala gerak kerja amal yang bersifat sosial daripada amal soleh yang bersifat ritual. Namun tidak dinafikan bahawa segala amal dan perbuatan dilakukan bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Kesilapan besar kita hari ini ialah dengan meletakkan atau menilai ketakwaan seseorang itu berasaskan kepada ibadah ritual semata-mata bukan daripada ibadah sosialnya.lbadah ritual yang dilakukan berkebetulan bersamaan dengan pekerjaan yang berdimensi sosial difahamkan kita perlu mendahulu yang bersifat sosial. Contohnya Nabi s.a.w melarang membaca surah yang panjang-panjang di dalam solat jemaah kerana kemungkinan di kalangan jemaah itu ada orang-orang tua.

Bahkan dalam satu riwayat lain, Nabi sedang solat sunat tiba-tiba berhenti dan membukakan pintu untuk tamu yang datang dan solat kembali. lnilah yang dikatakan mengutamakan pertimbangan sosial.
Namun sebaliknya jika ibadat ritual cacat, kita dianjurkan melakukan sesuatu amalan yang bersifat sosial. Contohnya, ibadah puasa, jika kita melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa (seperti berjimak di bulan puasa) maka kifaratnya memberi makan kepada fakir miskin. Demikian juga haji, kalau terkena dam, maka kita harus menyembelih binatang dan dagingnya diberikan kepada fakir miskin. Tidak dinafikan adanya juga tebusan yang bersifat ritual, tetapi itu dilakukan apabila kita tidak mampu melaksanakan amalan yang bersifat sosial.

Bagaimana pula jika terdapat kecacatan kepada ibadat yang bersifat sosial, apakah amal ibadat ritual boleh dijadikan sebagai tebusan ibadah sosial itu. Contohnya, apabila seseorang itu melakukan kezaliman terhadap jirannya, maka kezaliman itu tidak akan terhapus dengan solat malam atau ibadah-ibadah ritual yang lain. Pendeknya amalan sembahyang dan puasa dianggap tidak sempurna dan tidak diterima Allah S.W.T. disertai pula dengan kejahatan amalan sosial. Rasulullah s.a.w meriwayat dalam satu hadis mengenai seorang perempuan yang sembahyang malam dan berpuasa siang malam tetapi menyakiti tetangga, maka tempatnya adalah neraka.
Amalan sosial ialah amal soleh yang lahir sebagai manisfestasi daripada kekhusyukan dan keikhlasan kita melakukan ibadah ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Di dalam ibadah-ibadah ritual ini juga mengandungi segala unsur sosial.
Justeru umat Islam seharusnya memahami pengertian ibadah yang sebenar dengan tidak membatasinya pada ibadah-ibadah ritual sahaja. Betapa banyak orang kaya dengan khusyuk sembahyang namun hakikat di sekitarnya terdapat manusia yang miskin dan berpenyakit yang memerlukan bantuan. Banyak wang dihabiskan dalam majlis-majlis keagamaan di saat ramai anak-anak Melayu Islam yang tidak dapat melanjutkan pelajaran. Malah ada yang terlantar di hospital menunggu maut kerana tidak dapat membiayai kos rawatan sedangkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

‘Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak berjasa dan berbakti kepada manusia.” (Hadis)

Boleh jadi kita berpendapat bahawa kewajipan kita sudah selesai apabila sudah mengeluarkan zakat. Pertanyaan yang sama pernah disampaikan oleh sahabat kepada Rasulullah s.a.w.
Nabi s.a.w menjawab:

“Sesungguhnya pada harta itu ada hak selain zakat.”

LaIu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah yang bermaksud:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya – sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah: 177)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *