Home » Langit Terbuka » Pengebom pusat hiburan hadapi satu lagi pertuduhan

Pengebom pusat hiburan hadapi satu lagi pertuduhan

KLANG 2 Ogos – Operator kilang yang didakwa terlibat dalam kes pengeboman sebuah pusat hi­bu­ran di Puchong, dua bulan lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas.

Jonius Ondie @ Jaha­li, 24, mengangguk faham se­lepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ma­riam Maran Abdullah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan da­ripada tertuduh yang tidak diwakili peguam. Ma­riam menetapkan 7 Sep­tember depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan di­kendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan, dengan niat melanjutkan perjuangan ideologi bagi mengugut orang awam melalui ap­likasi ‘Te­legram’ miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No; 33, Jalan Sungai Condong 3, Bandar Armada Putra, Pulau Indah di sini, antara 25 Mac hingga 1 Julai lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 130 J (1)(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara se­umur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Julai lepas, Jonius On­die dan Imam Wahyudin Karjono, 20, dihadapkan ke Mahkamah Ma­jistret Petaling Jaya atas tuduhan melakukan perbuatan pengganas dengan cara mem­baling dan meletup­kan bom tangan yang meng­gunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan orang.

Mereka didakwa mela­ku­kan kesalahan tersebut di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn. Bhd., Lot G2 (amp) G3, Tingkat Ba­wah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 2 pagi, 28 Jun le­pas.

Di Mahkamah Sesyen Pe­taling Jaya pula, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan memiliki, membaling dan me­letupkan bom tangan meng­gunakan fius lever jenis ‘Fu­ze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan memiliki bahan letupan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam sebatan.

Bagi lapan pertuduhan memba­ling dan meletupkan bom tangan, mereka didakwa bersama-sama men­gikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 21 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial Imam Wahyudin sebelum menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *