Home » Langit Terbuka » Pengurus tipu pakej umrah ditahan

Pengurus tipu pakej umrah ditahan

Asisten Komisioner Saifi Abd. Hamid.

SUNGAI PETANI 9 Feb. – Tindakan berterusan pihak polis menjejaki seorang pe­ngurus sebuah syarikat pe­ngendali umrah yang disyaki me­nipu pelanggannya kira-kira se­bulan lalu berbaloi apabila dia ditahan di Johor, semalam.

Lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di rumahnya di Kulai, Johor.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd. Hamid berkata, penahanan lelaki itu di­lakukan susulan laporan polis dibuat enam individu yang men­dakwa ditipu sebuah agensi umrah kira-kira sebulan lalu.

“Mangsa menyedari ditipu agensi terbabit selepas mereka ter­kandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama beberapa jam pada 26 Januari lalu kerana mendapati nama ma­sing-masing tidak terda­pat dalam senarai penumpang pe­sawat Emirates Airlines yang sepatutnya berlepas pada pukul 7 malam.

“Mereka juga berasa pelik kera­na tidak mempunyai mutawif. Panggilan dibuat terhadap wakil agensi tersebut juga tidak berjawab,” katanya.

Selain enam mangsa terbabit, difahamkan terdapat sembilan lagi individu mengalami nasib serupa namun tidak membuat laporan polis.

Saifi berkata, anggaran kerugian dialami mangsa sebanyak kira-kira RM7,000 setiap seorang dan kesemua mereka berasal dari utara tanah air.

Menurutnya, keba­nyakan bakal jemaah umrah itu terpedaya dengan janji manis lelaki terbabit kerana mereka pernah dijemput dalam satu program televisyen untuk mendengar pe­nerangan berkaitan pakej umrah dikendalikannya.

“Proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek diusahakan dengan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *