Home » Citra Yadim » Penstrukturan MAIM Pulau Pinang

Penstrukturan MAIM Pulau Pinang

Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Pulau Pinang selaku antara entiti utama di bawah YADIM memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan.

Bagi mencapai tujuan tersebut, MAIM Pulau Pinang telah mengadakan satu penstrukturan MAIM Pulau Pinang pada 15 Julai di Dewan Muzakarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia.

Menerusi penstrukturan tersebut, MAIM Pulau Pinang telah melantik serta menyelaras wakil – wakil dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengikut kluster MAIM. Mereka berharap akan menjadi sebuah majlis permuafakatan yang menyelaras, menyatu, mengukuh dan menaungi pertubuhan pertubuhan Islam di negeri ini.

Teras tersebut adalah bertujuan untuk membantu menjaga kepentingan umat, penyatuan ummah kebangsaaan serta menggalakkan kesejahteraan seluruhnya ke arah menzahirkan agenda membangun Malaysia Madani.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.

Struktur baharu MAIM Pulau Pinang ialah :

Pengerusi:
Pengarah YADIM Pulau Pinang,
Ustaz Mohammad Fadzil Alias

Setiausaha:
Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Muhammad Muaz Abul Kassim

Kluster – Kluster MAIM Negeri

Ketua Kluster:
1)Perpaduan Ummah Dan Siasah
IKRAM – Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin

2) Hak Asasi Manusia & Undang-Undang
MAPIM – Ustaz Shaiful Yamin Dahlan

3) Akidah Dan Syariah (Dakwah Non-Muslim)
IPSI – Dato’ Haji Kamarudin Abdullah

4) Ekonomi Dan Kepenggunaan
Pelita – Haji Mohamed Nasir Mohideen

5) Pendidikan
ABIM – Cik Noor Fatin Izzati

6) Wanita Dan Kekeluargaan
Salimah – Puan Norhai Mat Shik

7) Sosial
Pertubuhan Amal Islam Pulau Pinang (ICS)
Encik Ahmad Zamri Mohamed Ali

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *