Home » Citra Yadim » Karnival Al-Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat

Karnival Al-Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat

GANDINGAN Agensi Agama Islam memeriahkan Program YADIM Kolaboratif : Karnival Al-Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat apabila kira kira 2,000 pengunjung menghadirinya pada 15 Julai.

Dengan YADIM selaku tuan rumah, ia turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Tabung Haji, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan lain lain lagi.

Program ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Na’im Mokhtar.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin hadir sama dan menyampaikan ucapannya dalam program ini.

Menurutnya, Karnival Al-Falah ini merupakan satu program yang dianjurkan bagi menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang disamping memberi kefahaman tentang gagasan Malaysia Madani yang menjadi teras dalam kerajaan hari ini.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan karnival berkenaan.

YADIM selaku tuan rumah turut membuka reruai Kedai Buku YADIM dan reruai Bahagian Pelaburan dan Penajaan untuk para pengunjung karnival yang hadir.

Namun program ini bukan sekadar karnival semata mata, bahkan ia turut membawa rahmat kepada orang ramai apabila agensi agensi agama yang hadir menyampaikan pelbagai bantuan.

Antaranya ialah penyerahan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Institusi Pondok dan Tahfiz kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, sementara Tabung Haji,YaPEIM dan Yayasan Taqwa pula menyerahkan gimik kunci replika dan cek cura Bayt al-Rahmah tajaan mereka.

YaPEIM dalam program ini menyerahkan tajaan peralatan kesihatan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia dan peruntukan membaik pulih Surau SMK Kampung Laut.

Tidak ketinggalan ialah penyerahan tajaan Tabung Haji kepada Armalah dan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP),penyerahan Bakul Rahmah Madani kepada B40 sumbangan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YaPEIM & Yayasan Taqwa serta Penyerahan Cek Cura Bantuan Pendidikan Pelajar Asnaf dan Pelajar Orang Kelainan Upaya Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di Zon Kampung Laut untuk 100 orang pelajar miskin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *