Home » YADIM MADANI » Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024

Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024

SERAMAI 24 pelajar telah berentap dalam Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat pada 23 April.
Ia merupakan kemuncak kepada pertandingan yang berlangsung sejak Februari lalu yang menyaksikan bakat-bakat muda daripada kalangan pelajar sekolah-sekolah pesisir pantai Kelantan memperlihatkan kebolehan masing-masing.
Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Ustaz Zamri Zainal Abidin, ia juga selaras dengan tonggak Keyakinan dan Daya Cipta dalam Aspirasi Malaysia Madani.
Pertandingan ini menyaksikan Ifwa Aisyah Afandy dari SK Kubang Golok muncul juara kategori Sekolah Kebangsaan manakala ⁠Nurul Najihah Mohd Shukri dari SK Seri Kemudi di tempat kedua dan Farah Qaisara Muhammad Fadhil dari SK Kandis di tempat ketiga.
Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), juara dirangkul oleh Nur Alya Afiza Mohd Zamri dari SMK Sering diikuti Nur Adriana Arissa Balqis Asrul Safni dari SMK Badang diikuti ⁠Nurul Amalin Aina Mohd Sabri dari SMK Dato Biji Wangsa ditempat ketiga.
Kesemua mereka menerima trofi, sijil dan hamper. Para peserta yang mara ke peringkat akhir ini juga membawa pulang menerima sijil penyertaan dan plak.
Tiga buah sekolah (SK Pulau Beluru, SMK Sri Nipah, dan SK Pa’ Pura Bachok) pula menerima hadiah sebanyak RM 1,000 setiap sekolah untuk kategori anugerah sekolah terbaik dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang Pidato Cilik Madani berlangsung bermula Februari sehingga April.
Sementara itu, hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang, Penyelaras Program Pendidikan Pesisir Pantai (4P), Muhaimi Saifuddin Haji Mohd Salleh, Ketua Unit YAPEIM Kelantan, Encik Azman Zakaria, Penyelaras 4P Negeri Kelantan, Encik Zaid Mohd Zain serta Guru Besar SK Pulau Beluru, Mohd Azman Hussain.
Penganjuran program ini oleh YADIM Kelantan merupakan sebahagian pengisian dan komitmen dakwah menerusi jalur pendidikan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *