Home » YADIM MADANI » Perancangan Program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor

Perancangan Program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor

YADIM Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Haji Mohd Hanafi Samad pada 16 April.
Pertemuan di pejabat beliau di Johor Bahru itu berlangsung selama sejam yang menyentuh pelbagai aspek cadangan kerjasama.
Antaranya termasuklah program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor untuk pelajar tingkatan 4 dan 6 serta beberapa program lain yang berimpak tinggi untuk para guru dan murid.
Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Negeri Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah dan Penolong Pengarahnya, Encik Mohamad Khairun Najmi Mohd Fadzli. Tidak ketinggalan terlibat sama dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah JPN Johor, Haji Kuswandi Tayen serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Johor, Ustaz Mohmad Hakim Sohali.
Semoga warga negeri Johor akan beroleh manfaat hasil kerjasama kedua pihak ini nanti.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *