Home » Citra Yadim » Perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Tuan Guru Pondok seluruh Kedah

Perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Tuan Guru Pondok seluruh Kedah

SIK – Lebih 50 Tuan Guru Pondok seluruh Kedah telah menyertai perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad di Madrasah Ar Rahmaniah di sini.

Program berlangsung pada 30 Disember 2021 ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah, Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia dan Madrasah Ar Rahmaniah sebagai tuan rumah.

Pelbagai isu-isu ummah telah dibincangkan dalam perjumpaan selama dua jam ini termasuk agama, pendidikan, dakwah dan pembangunan modal insan.

Dalam majlis ini juga Yang Berhormat Menteri telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM280,000 kepada 50 pondok dan 19 rakan badan bukan kerajaan Islam Negeri Kedah.

Antara yang hadir ialah Hadir dalam program ini , Pengerusi Pertubuhan HESA Kedah, Yang Berhormat Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya, Pengerusi Yayasan Taqwa – MAIWP, Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin, Pengerusi Majlis Guru Pondok HESA Kedah, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah dan Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, ADUN Sungai Limau dan ADUN Bukit Lada.

Pertemuan ini adalah sebahagian daripada pengisian Program Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *