Home » Citra Yadim » Pertemuan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua Agensi Agama Islam Kedah

Pertemuan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua Agensi Agama Islam Kedah

ALOR SETAR – Selepas selesai pertemuan dengan Tuan Guru Pondok seluruh Kedah di Sik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad telah mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua agensi agama Islam negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama,  Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad,

Pelbagai agenda penting termasuk soal dakwah, pendidikan, bantuan kepada sekolah agama, pondok dan Maahad Tahfiz, guru KAFA, guru Takmir, SOP tempat ibadat, isu sijil halal dan termasuk berkaitan penguatkuasaan undang-undang serta mahkamah Syariah telah dibincangkan beliau bersama ketua ketua agensi yang terlibat

Hadir dalam pertemuan ini, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Wira Sheikh Yahaya Jusoh, Ketua Hakim Syarie, Dato’ Sheikh Abd Rahman Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Haji Yusri Md Daud dan Ahli Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Ahmad Yahaya.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Islam Kedah, Dr. Ahmad Fakharuddin Fakhrurazi, Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, wakil wakil rakyat,  wakil UniSHAMS dan beberapa ketua ketua agensi agama yang lain.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *