Home » Citra Yadim » Simulasi FMD di Wat Machimaran

Simulasi FMD di Wat Machimaran

Pada 26 Mei 2016, Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM yang sedang mengikuti latihan di Kelantan mengadakan program Simulasi FMD ke Wat Machimaran, Tumpat, Kelantan.

Program itu adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah program Kembara Kasih yang diadakan bermula 21 Mei hingga 4 Jun.

Di bawah program Kembara Kasih, Felo Muda Dakwah yang sedang menjalani latihan itu akan menyertai pelbagai aktiviti yang diatur termasuk program keluarga angkat, smart solat, gotong-royong, pengurusan jenazah dan lain-lain lagi.

Dalam lawatan ke Wat Mahimaran itu, para Felo Muda Dakwah berpeluang melihat kebudayaan dan kepercayaan agama Buddha dan sekaligus memahami sedikit sebanyak pelbagai aspek agama berkenaan.

Antara lain, tujuan simulasi itu diadakan adalah untuk melahirkan sifat keterbukaan pendakwah dalam aspek budaya, ibadat, kepercayaan penganut agama Buddha.

Dengan adanya pengalaman sedemikian, para Felo Muda Dakwah diharapkan mampu memahami perbezaan agama yang ada di negara ini tetapi dalam keadaan itu mereka masih boleh mencari titik persamaan dalam mencapai keamanan negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *