Home » Citra Yadim » Persidangan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera NUIM

Persidangan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera NUIM

PUTRAJAYA – Lebih 40 ahli kumpulan pemikir Nadwah Ulama Ilmuan YADIM (NUIM) berhimpun dalam Persidangan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini pada 17 September.

Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk memberikan kefahaman berkaitan konsep dan peranan Keluarga Malaysia dalam usaha meningkatkan sistem sokongan secara holistik kepada masyarakat melalui pengupayaan institusi kekeluargaan.

la bagi memastikan semua pihak daripada pelbagai bangsa memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan aspirasi Keluarga Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad telah merasmikan program ini.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera perlu dibawa kesemua 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri .

Katanya lagi, ianya hendaklah berpandukan kepada prinsip asas Maqasid Syariah yang memelihara kemaslahatan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi NUIM, Profesor Dato’ Dr Zulkifli Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO YADIM, Rohaizah Jawahir.

Selepas perasmian, enam ahli NUIM membentangkan kertas kerja masing masing mengenai konsep Keluarga Malaysia dalam persidangan ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *