Home » Citra Yadim » Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita

Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan isu isu semasa mengenai hal hal wanita masa kini, Dewan Wanita Kuala Lumpur, Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita Kuala Lumpur pada 1 Disember ini.

Program di Bilik Mesyuarat Utama,  Aras 3, Blok D  Akademi Pengajian Islam  Universiti Malaya itu akan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Panel untuk program ini ialah Pengerusi Dewan Wanita-MDN, Dato’ Kamilia Hj Ibrahim yang akan membicarakan tajuk “Isu-Isu Kepentingan Negara dari Perspektif Wanita”.

Sekretariat program memaklumkan setakat ini, ia mendapat sambutan ramai yang menyatakan hasrat untuk menyertainya.

Program ini adalah terbuka untuk orang ramai, dan mereka yang berhasrat untuk menyertainya boleh menghubungi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk maklumat lanjut. dengan melayari https://www.yadim.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *