Home » Citra Yadim » Pertandingan video pendek Cinta Muamalah

Pertandingan video pendek Cinta Muamalah

PUTRAJAYA 17 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk turut serta dalam pertandingan video pendek Cinta Muamalah.

Pengurus Eksekutif Bahagian Muamalah YADIM, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, pertandingan berkenaan yang sudah masuk tahun kedua penganjurannya akan dibahagiankan kepada dua kategori berdasarkan tema video iaitu `takaful’ dan `pelaburan patuh syariah’.

“Pertandingan ini diteruskan pada tahun ini oleh kerana ia mendapat sambutan yang baik pada tahun lepas dengan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk sekolah menengah, politeknik, universiti dan kolej,’’ katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan sebanyak 30 penyertaan untuk setiap kategori dengan para peserta boleh memilih enam tajuk yang disediakan.

Katanya enam tajuk berkenaan adalah `Jerat Skim Cepat Kaya’, `Tip-Tip Pelaburan Patuh Syariah’, `Bentuk Urusniaga Saham Dan Hukum Syariah’, `Pelaburan Haram Internet’,`Konsep Gadaian Dalam Islam’ dan `Gadaian Emas Punca Pendapatan’.

“Antara syarat-syarat penyertaan video yang dihasilkan adalah tidak melebihi lima minit dengan video dihasilkan itu padat dengan mesej mengenai takaful atau pelaburan dalam Islam dan video berkenaan perlulah sampai kepada YADIM pada atau sebelum 30 September 2017,’’ katanya.

Menurutnya, juara setiap kategori adakan menerima RM3,000, kedua RM2,000, ketiga RM1,000, keempat RM500 dan kelima RM500.

Beliau berkata, untuk menyertai pertandingan ini, borang boleh dimuat turun melalui laman facebook Muamalah Yadim.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi 012-2694986 (Zam Zarizal) atau 011-36224418 (Muzafar) atau talian 03-88703870 atau emel zamzarizal@yadim.com.my atau muzafar@yadim.com.my,’’.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Bursa Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *