Home » Citra Yadim » Pertemuan DMY bersama Persatuan Buddhist Missionaries Society Malaysia dan kunjungan ke Kuil Shree Uchi Vinayagar

Pertemuan DMY bersama Persatuan Buddhist Missionaries Society Malaysia dan kunjungan ke Kuil Shree Uchi Vinayagar

 

KAJANG – Program lapangan untuk para pelatih Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (ADMY) bersama komuniti bukan Muslim diteruskan pada 13 Disember.

Kali ini mereka mengadakan pertemuan dengan Persatuan Buddhist Missionaries Society Malaysia  (BMSM) dan mengunjungi Kuil Shree Uchi Vinayagar di sini.

Program kali ini dimulakan dengan pertemuan 24 pelatih ADMY dengan BMSM jam 9.30 pagi. 

Hadir ke program ini ialah Bro Shah Kirit selaku fellow ADMY, Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan pegawainya, wakil Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Dr. N Gobalakrishnan, Presiden BMSM, Loh Pai Ling serta Ahli Jawatankuasa BMSM Bahagian Hubungan Antara Agama, Kon Chee Min.

Menerusi Forum Silang Budaya dan Agama dalam pertemuan ini, keduanya bersetuju bahawa tiada masalah untuk bersatu dan membina persefahaman, pokok pangkalnya adalah saling sayang menyayangi.

Pihak BMSM juga mengucapkan terima kasih kerana sekali lagi dijemput untuk bekerjasama selepas kali pertama dijemput sebelum ini.

Menariknya dalam pertemuan ini, para pelatih ADMY telah menunaikan solat Zohor berjemaah di dewan BMSM.

Selanjutnya, para peserta berkunjung ke Kuil Shree Uchi Vinayagar di Taman Bukit Mewah di sini pada jam 2 petang.

Kunjungan mereka dialu alukan pengerusi kuil tersebut, Datuk A. Kanesan yang berkata, kedatangan pelatih AdMy ini membawa bersama semangat harmoni.

Timbalan Pengerusi kuil, Datuk Dr Saravanan pula berkata, agenda harmoni adalah merangkumi kepelbagaian budaya tetapi perlu menghormati satu sama lain. 

Ujarnya lagi kepada pelatih AdMy, jangan menjadikan perbalahan sehingga mencetuskan kebencian, sebaliknya keharmonian sesama kaum mestilah diutamakan.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *