Home » Langit Terbuka » Pertemuan hanya untuk selami isu transgender

Pertemuan hanya untuk selami isu transgender

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sesama jantina dibangkitkan dalam perjumpaan berkenaan

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pertemuan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dengan aktivis transgender, Nisha Ayub semalam hanyalah untuk menyelami dan memahami isu transgender khususnya berkaitan peranan institusi agama bagi menangani perkara berkenaan.

Sehubungan itu, Mujahid menegaskan, pertemuan yang diadakan itu tidak bermakna beliau bersetuju atau pun mengiyakan semua perbuatan serta apa yang diperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jelas beliau, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sesama jantina dibangkitkan dalam perjumpaan berkenaan.

“Pertemuan itu lebih kepada perbincangan untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah dan masalah lain yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan ibadah secara khusus.

“Malah, Nisha juga menegaskan beliau bukanlah ikon bagi komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan itu yang sering disisihkan serta memberi galakan agar mereka keluar daripada industri seks,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Semalam, selepas mengadakan pertemuan dengan Nisha, Mujahid meminta orang ramai tidak mendiskriminasi golongan transgender di tempat kerja dan awam bagi mengelakkan lebih banyak kesan negatif diterima oleh golongan tersebut.

 

https://www.utusan.com.my/berita/terkini/pertemuan-hanya-untuk-selami-isu-transgender-1.727081

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *