Home » Langit Terbuka » Kritik boleh jangan fitnah

Kritik boleh jangan fitnah

Menteri Pertahanan berkata,, kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin kepada satu organisasi

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengkritiknya.

“Saya menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Pertahanan dan bekas Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini terhadap saya dan Kementerian Pertahanan sebagai satu teguran untuk menilai dan memperbaiki prestasi serta kesungguhan untuk menerajui kementerian ini.

“Akan tetapi saya tidak boleh terima sekiranya fitnnah atau unsur fitnah dilemparkan terhadap saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin kepada satu organisasi yang besar. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *