Home » Citra Yadim » PERUTUSAN TAHNIAH SEMPENA PELANTIKAN TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7.

PERUTUSAN TAHNIAH SEMPENA PELANTIKAN TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD,  PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7.

1.  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengucapkan setinggi tahniah kepada Tun Dr Mahathir Bin Mohamad di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada hari Khamis,  10 Mei 2018.

2.  YADIM dan rakyat Malaysia,  khususnya umat Islam mengharapkan YAB Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia akan dapat meneruskan usaha memperkasakan syiar Islam di negara ini,  di samping mengutuhkan lagi kesatuan umat Islam Malaysia.

3.  Diharapkan juga,  kerajaan baharu di bawah kepimpinan YAB Tun akan dapat mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan pemerintahan yang adil dan saksama.

4.  Akhirnya,  YADIM mendoakan semoga YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sentiasa di dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT agar dapat mentadbir negara dengan baik,  menerajui negara ke  hadapan dan sekali gus menjana kesejahteraan rakyat.

DR YUSRI BIN MOHAMAD,
YANG DIPERTUA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *